Pajak di AgroBank..



Bagaimana menggadaikan emas di Agrobank?

Untuk menggadai di Agrobank – anda perlu membawa benda-benda berikut:
1. Jongkong emas dan dinar emas
2. Sijil emas tersebut
3. Kad pengenalan pemajak
Pengiraan.
Nilai pinjaman yang diberikan adalah 60% – 65% daripada nilai emas.
Jika anda memajak untuk kali pertama, anda akan mendapat 60%. Tetapi untuk kali kedua dan seterusnya anda boleh mendapat sehingga 65% daripada nilai emas.
Memandangkan saya pernah memajak kat Agrobank maka saya dapat meminjam 65%.
Ini adalah pengiraan untuk 3 keping jongkong emas 20 gram yang dipajak:
Rate pajak pada hari itu ialah RM118.20 segram
Jadi, 60 gram x RM118.20  = RM7092  –> (ini adalah nilai emas)
Nilai pinjaman = 65% x RM7092
                                = RM4609.80 –> dibundarkan kepada RM4600.00
Jadi, Agrobank akan memberikan saya tunai sebanyak RM4600.00
Pengiraan upah simpan.
Anda boleh melihat maklumat Ar-Rahnu dan kadar upah simpan di dalam website Agrobank di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
Margin pinjaman
Upah simpan sebulan
50% ke bawah RM0.50 / 100
50.1% sehingga 60% RM0.60 / 100
60.1%  sehingga 70% RM0.75 / 100
Jadi, upah simpan yang dikenakan kepada saya berdasarkan margin pinjaman 65% ialah:
(RM7092.00/100) x 0.75 = RM53.19 sebulan
RM55.13 x 6 = RM319.14
Jumlah upah simpan selepas 6 bulan = RM319.14
Walaupun anda boleh pajak sehingga 6 bulan, anda boleh menebus emas tersebut lebih awal.
No problem.
Tapi kalau nak sambung pajak selepas 6 bulan, Ar-Rahnu Agrobank membenarkan anda sambung 3 bulan + 2 bulan.
Bagaimana cara menebus kembali emas anda?
Untuk menebus emas anda. Anda perlu membawa surat Ar-Rahnu ini bersama-sama wang pinjaman + upah simpan. Lepas tu buat pembayaran di kaunter. Kemudian anda akan mendapat kembali emas anda.
Info-info lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank.
Diantara maklumat lain yang perlu anda ketahui mengenai Ar-Rahnu Agrobank ialah:
1. Nilai pinjaman maksimum untuk setiap orang ialah RM50,000
2. Anda boleh meminjam RM10 000 sahaja sehari.
3. Kalau nak pinjam lebih RM10 000 maka anda kena datang lain esok.
3. Tempoh pajakan 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (kalau nak sambung pajak)
4. Tak semua cawangan Agrobank ada Ar-Rahnu. Anda kena pergi tanya.
Kesimpulan.
1. Ar-Rahnu Agrobank adalah alternatif bagi mereka yang hendak memajak
   jongkong emas dan dinar emas.
2. Upah simpan Ar-Rahnu Agrobank adalah berpatutan
3. Alternatif terbaik selepas Ar-Rahnu Bank Rakyat.
4. Maklumat lanjut boleh dibaca di http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu
5. Selain Agrobank, sebahagian Ar-Rahnu YAPEIM turut menerima gold bar
   dan dinar.